Teringat ketika di bangku sekolah rendah dulu, zaman kegemilangan telenovela dari Mexico. Rosalinda, La Usurpadora, Maria Mercedez, El Amor No Es Como Lo Pintan, La Intrusa, Miss 3 Hermanas… Just name it! Semuanya berjaya menarik jutaan peminat menontonnya. Sanggup menjadi penunggu setia di depan kaca TV setiap kali waktu siaran tiba. Walhal, semua sedia maklum, episodnya kadang mencecah seratus lebih! Usaha TV9 yang memainkan semula telenovela Rosalinda dilihat sangat positif apabila mampu menarik semula peminatnya walaupun diulang tayang. Apa yang membuatkan orang masih lagi berminat menonton telenovela dari mexico?
Gambar: fanpop.com
Kisah Rakyat
Jalan cerita yang sesuai dengan jiwa penonton di mana ia adalah realiti kehidupan yang ditambah dengan konflik yang tak sudah-sudah. Simple! Kisah percintaan dua insan yang tak mendapat restu keluarga dek kerana berbeza darjat diserabutkan lagi dengan sikap keluarga yang dengki akan heroin, di penghujungnya tetap bersatu dan bahagia. Rata-rata semua mempunyai jalan cerita yang hampir sama.
Gambar: fanpop.com
Barisan Pelakon Yang Cantik Dan Kacak
Setuju atau tidak, jika saya katakan orang Mexico semuanya cantik dan kacak-kacak belaka? Itulah hakikatnya. Kecantikan dan ketampanan barisan pelakon membuatkan kita suka untuk menonton lakonan mereka.
Gambar: articulo.mercadolibre.com.ve
Fesyen
Lumrah manusia suka melihat pada benda yang cantik. Bila difikirkan, fesyen orang Mexico tak jauh hebatnya. Pernah suatu ketika, fesyen kain berbunga besar menjadi kegilaan wanita di Malaysia ketika itu dek kerana terpengaruh dengan pakaian pelakon telenovela yang sering mengenakan helaian berbunga.