Melancong tidak semestinya perlu mewah . Asalkan sampai tujuan utama melancong iaitu ingin melihat budaya negara orang sudah memadai. Tak perlu bagasi besar, dress glamor atau kasut tinggi. Sesekali ubah angin melancong kamu. Kali ini EH! berkongsi tip melancong ala seorang pengembara.
Gambar: ratestogo.com
Tujuan
Tetapkan tujuan utama kamu melancong. Jika kamu sekadar ingin melihat tempat orang, bertukar budaya dan melancong ala kadar, teruskan membaca artikel ini.
Pilih Tempat Penginapan
Ramai berpendapat melancong memerlukan kos yang tinggi, sebenarnya kamu salah! Sekalipun ingin berjalan ke negara Eropah, kamu masih mampu jika kena tempatnya. Terdapat banyak perkhidmatan asrama buat pengembara yang disediakan. Bayaran yang sangat murah dan berpatutan boleh didapati jika rajin mencari. Do not expect to stay in a five star hotel! Boleh layari ke www.couchsurfing.org .
Barangan Keperluan
Nama pun backpacking, tinggalkan bagasi dan keluarkan beg sandang belakang. Bawa barangan yang penting sahaja. Buat satu senarai tempat yang akan kamu tuju, tetapkan helaian yang ingin dipakai ke tempat tersebut supaya beg kamu tak terlebih muatan.
Tahan Nafsu
Tak salah kalau ingin membeli belah, tapi biar berpada. Ingat, kamu Cuma bawa beg sandang belakang, jangan nanti duit habis buat beli bagasi baru pula.