Memilih haruman buat dipakai setiap hari adalah sesuatu yang mungkin sukar untuk dipilih oleh sesetengah orang. Bukan setakat aromanya yang mampu membuatkan orang keliling berasa selesa malah bersesuaian dengan personaliti seseorang itu.
Gambar: KATY PERRY PURR wangian yang cukup menggambarkan selebriti terkenal ini. Percikan nota utamanya seperti nektar buah pic dan epal membangkitkan sensasi aura feminim dan ceria
Personaliti: Feminin
Jenis Haruman: Bunga-bungaan
Haruman yang di ekstrak dari bunga melambangkan kelembutan dan sifat merendah diri seseorang. Disesuaikan gaya keseluruhan dengan helaian motif bunga dengan haruman jenis ini mampu menambat hati lelaki yang menghidunya.
Gambar: CK ONE SUMMER wangian yang menyegarkan ini harus dibawa kala berbulan madu, aroma seakan akua memberikan kesegaran berpanjangan
Personaliti: Elegan
Jenis Haruman: Akuatik
Seorang wanita yang mempunyai impian yang besar dalam hidupnya. Bersemangat dalam apa jua yang dilakukan, intelektual dan bersahaja.
Personaliti: Sofistikated dan Chic
Jenis Haruman: Hijau
Wanita yang gemar mengenakan bauan yang segar ini sukakan sedikit ‘drama’ dalam hidupnya. Haruman jenis ini mempunyai baunya yang tersendiri dan mampu menghilangkan stres.
Personaliti: Klasik dan Berkeyakinan
Jenis Haruman: Sitrus
Si pemakai haruman jenis sitrus membawa diri mereka sebagai seorang yang elegan dan mempunyai keyakinan yang sangat tinggi. Wanita yang suka bauan sitrus mempunyai sisi kecantikan yang klasik.
Gambar: BOSS NUIT POUR FEMME kemewahan haruman pic putih dan viotel dapat menghangatkan romantis buat pasangan
Personaliti: Seksi
Haruman: Oriental
Pemakaian haruman oriental membangkitkan rasa seksi si pemakai.
Personaliti: Periang
Haruman: Gourmand
Aromanya yang cukup memikat dan menyenangkan membuatkan si pemakai sentiasa ceria dan ketawa dalam kehidupan seharian.