Bulan ini, Hafizan Mohd menulis artikel tentang kajian mengenai aktiviti sulit lelaki iaitu pornografi. Ada kajian menulis lelaki akan berfikir tentang seks setiap tujuh saat bersamaan 8000 kali dalam masa 16 jam sehari. Sebutlah nama Maria Ozawa pada setiap mana-mana lelaki pasti setiap satu daripada mereka mengenali porn star ini paling tidak, pernah menonton sekali aksinya dalam mana-mana video yang dilakonkan.
Menurut kajian yang dilakukan oleh pornsearch.com yang dikepalai oleh tiga orang pengkaji yang juga penulis sosial dan ahli psikologi di Amerika Syarikat, Clarissa Smith, Feona Attwood dan Martin Barker menjalankan kajian ke atas lima ribu responden dalam mencari alasan mengapa lelaki menonton pornografi dan berikut merupakan alasan utama.
Seramai 56% lelaki berasa teransang apabila menonton video pornografi manakala 40% menjadikan pornografi sebagai aktiviti sampingan dek kerana mengalami kesukaran untuk tidur. 30% lelaki menjadikan pornografi sebagai medium untuk meransang mereka, 28% lelaki menjadikan pornografi sekadar mengisi masa lapang mereka dan 10% lelaki ingin mendapatkan mood sebelum bersama dengan pasangan.
Jangan panik jika pasangan kamu suka menonton pornografi kerana ia merupakan perihal normal dan lelaki yang menonton pornografi bukan kerana tiada kepuasan seks bersama pasangan namun ia hanya sekadar rangsangan normal seorang lelaki. Ian Cornes First berkata sebagai pasangan adalah lebih baik jika isteri tidak membangkitkan isu ini kepada pasangan jika ia tidak memudaratkan perhubungan.