Setiap kali mengadakan hubungan ranjang bersama suami, anda terasa sakit di bahagian sulit. Apa yang berlaku sebenarnya?
1. Tidak cukup rangsangan, foreplay atau keseronokan sebelum melakukan hubungan seks kerana kebiasaannya, wanita memerlukan masa 30 hingga 45 minit untuk berasa terangsang. Lelaki pula cepat terangsang berbanding wanita.
2. Stres dan tidak fokus.
3. Penggunaan pencuci bahagian alat sulit yang salah.
4. Larutan kimia di kolam renang dan sesetengah sabun pencuci baju yang boleh mengganggu sistem kelenjar.
5. Ubat-ubatan yang tidak sesuai.
6. Kekurangan hormon seks. Perkara ini biasanya berlaku kepada wanita lingkungan usia 35 ke atas dan berkait rapat dengan proses semula jadi seperti penuaan, kekurangan zat, penyusuan badan atau ksan pengambilan pil perancang.
7. Kekurangan ekstrogen akibat amalan diet tidak betul.
Jadi bagi mengatasi masalah seks yang menyakitkan ini, ada beberapa jalan untuk penyelesaiannya seperti amalkan pengambilan vitamin seperti minyak primrose, minyak zaitun, dan buah delima bagi meningkatkan hormon wanita. Ubah carta pemakanan anda. Lebihkan ikan dalam menu harian seperti salmon dan tuna yang kaya dengan asid lemak. Bijirin seperti flaxseed, kacang soya, buah ceri, saleri dan sebagainya. Minum sekurang-kurangnya dia liter air sehari dan elakkan alkohol. Kurangkan pengambilan kopi serta minuman lain yang menyebabkan badan ternyahhidrat. Jika masih bermasalah, gunakan pelincir berasaskan air ketika melakukan hubungan seks bagi mengurangkan rasa sakit. Seeloknya jumpa doktor sakit puan untuk rawatan lanjut.