Mood swing atau emosi tidak tentu kadang kala mengganggu aktiviti seharian terutamanya wanita. Paling menakutkan, bila orang keliling turut merasakannya. Tak fasal pula orang lain terkena tempiasnya. Pelbagai aspek yang mengundang permasalahan ini:
Gambar: nobledrugstore.com
- Kekurangan gula dalam badan dek kerana diet
- Premenstrual syndrome (PMS) yang berlaku sebelum haid. Tanda awal menopaus
- Kekurangan tidur dan rehat
Setiap permasalahan ada cara untuk atasinya.
1. Dapatkan tidur dan rehat yang secukupnya sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari.
2. Senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari mampu merangsang rembesan endorfin yang membantu mengawal mood kearah positif dan ceria.
3. Pastikan kamu minum air secukupnya setiap hari!