Setelah penat bekerja, tiba masanya untuk mencuri sedikit masa untuk bercuti. Hujung tahun begini, pasti ada antara kamu yang memilih untuk melancong ke negara empat musim untuk merasai sendiri musim sejuk dan bermain salji. EH! kongsikan inspirasi berfesyen untuk kamu gayakan ketika bercuti nanti!
Dokumen penting! Pasport yang siap dalam pemegangnya dan wang yang sudah ditukar dengan cukup. Asingkan wang kedalam dompet yang berasingan. Psst! Jangan lupa penutup telefon yang baru!
Item penting tatkala bercuti di musim sejuk, jaket sejuk dipadankan dengan skarf yang dililit dileher untuk keselesaan digayakan bersama kasut flat yang selesa.
Tas tangan yang boleh laras sangat penting supaya tidak perlu membawa dua tiga jenis lagi. Pilih saiz yang sesuai untuk menyimpan barangan penting dipadankan dengan sepatu leper untuk memudahkan pergerakan.
Padanan aksesori seperti jam tangan supaya tidak terlepas waktu tempatan, bangle dan kaca mata menyempurnakan keseluruhan gaya kamu ketika bercuti.
MENANG!
Pembaca bertuah berpeluang untuk memiliki beg Coach yang terkini. Caranya mudah sahaja!
Lengkapkan slogan: Saya amat sukakan jenama Coach kerana ______________________________ ( tidak lebih daripada 15 patah perkataan)
Hantarkan penyertaan anda ke alamat email kami di promotions@bluinc.com.my dengan subjek ‘EH! Coach’. Tarikh tutup: 31 Disember 2013.
Selamat bercuti!