Glitter is so in thing lately! Semua tidak mahu terlepas dari menggayakannya. Fabrik glitter pula tidak lagi terhad pada penggunaan labuci sepenuhnya. Kita tidak perlu lagi risau tatkala ingin mengenakan helaian glitter seperti rimas dek kerana miang terkena labuci atau labuci tersangkut pada aksesori. Harus berhati-hati dalam menggayakan item fesyen yang sedang hangat digayakan supaya kamu tidak menjadi mangsa fesyen!
Gambar: zayracollection.blogspot.com
Dimana tempat yang sesuai menggayakannya?
Kebiasaannya helaian glitter dipakai ketika majlis glam seperti makan malam atau majlis keraian seperti kenduri perkahwinan yang berlangsung di tempat eksklusif (khusus pada waktu malam). Walau bagaimanapun, tidak salah untuk menggayakannya pada siang hari. TETAPI, hadkan helaian glitter kamu untuk satu item sahaja contohnya seperti hijab, baju, beg atau kasut. Paling penting, pastikan helaian yang kamu gayakan sesuai dengan tampat yang ingin dituju!