Haisyh! Mata ni asyik terpaut bila melihat aksesori yang berbatu atau diamond. Bukan nak cerita tentang aksesori yang mahal, yang tak perlu nak risau kalau sebutir batunya hilang masih ada warranty untuk diganti. Sama juga kalau yang emas kuning dan emas putih, makan bertahun nak luntur warnanya. EH! kongsikan tip membelai aksesori untuk tahan lama.
Gambar: news.com.au
Sapukan pengilat kuku
Kalau kamu penggemar aksesori berbatu, pastikan kamu ada sebotol pengilat kuku lutsinar dalam simpana. Sapuan pengilat kuku lutsinar adalah sebagai gam supaya batu pada aksesori tidak mudah jatuh. Selain dari itu, ia akan membuat kilauan batu lebih bersinar!
Gambar: designbloggar.com
Bekas khas
Bagi memelihara warna aksesori agar tidak mudah luntur, sediakan bekas yang khas buat aksesori kamu. Asingkan aksesori emas dan perak. Lebih elok disimpan dalam bekas yang bertutup supaya udara tidak mudah masuk dan mengurangkan tidak balas pengaratan berlaku.
Gambar: thephoblographer.com
Gel silika
Jika kamu beli kasut atau beg, periksa dalam kotak kasut dan dalam beg pasti ada gel silika yang digunakan untuk menyerap kelembapan supaya tidak mudah berkulat. Ambil gel silika itu dan letak di tempat penyimpanan aksesori.