Alamak gincu hampir habis! Kena beli yang baru ni. Hurm… Tapi tak tahu nak beli warna apa. Mari EH! bantu kamu memilih warna gincu yang sedang hangat sekarang ni.
Gambar: main.stylelist.com
Merah
Warna yang sangat trendy sekarang ini. Tatkala mengoles gincu merah dibibir pasti akan menaikkan seri wajah. Tak percaya? Kamu perlu cuba! Walaupun warnanya garang, tapi senang digayakan kemana sahaja.
Gambar: sparklesnfun.com
Merah Jambu
Bila tengok orang gayakan cantik, tapi terfikir bila sendiri pakai, kena ke? Warna merah jambu antara warna yang terhangat selepas merah. Apa kata kamu cuba gincu merah jambu di kedai kosmetik, pasti kamu akan terkesima dengan warna ini.
Gambar: jenesaisquoikim.blogspot.com
Ungu
Tak semua orang mampu menggayakan gincu berwarna ungu. Perlu selari dengan imej pakaian kamu pada hari tersebut. Tersilap langkah, nanti orang fikir kamu ahli kumpulan gothic pula. Bagi mengelakkan perkara itu berlaku, pilih warna ungu yang tidak terlalu gelap.
Gambar: fashionbombdaily.com
Nude
Warna paling digemari oleh selebriti. Pemakaian gincu nude semakin menjadi-jadi. Mungkin warnanya akan menampakkan kamu sedikit pucat, jadi untuk mengatasinya, solekan mata perlu sedikit menonjol untuk menyempurnakan keseluruhan gaya.