Asyik asyik nak berkepit. Dua puluh empat jam kalau boleh nak bersama. Haisyh naik rimas dibuatnya. Bukan tak boleh, cuma kalau dah sampai setiap masa nak bersama, nak jumpa susah juga jadinya. Satu kerja pun tak boleh nak jadi sebab nak kena layan si dia. Kesian pasangan kamu, tak ada ruang untuk dia bersendirian apatah lagi untuk lepak dengan teman.
Gambar: my.news.yahoo.com
Janganlah begitu. Kita sebagai manusia kadang-kadang perlukan ruang untuk diri sendiri. Bukan untuk buat apa, Cuma untuk menenangkan diri, lari sekejap dari kesibukan kerja. Jadi kalau kamu dapat memahami perasaan dia, tentu dia akan rasa sangat senang dengan sikap itu.
Bukan dia tidak mahu beri perhatian sepenuhnya, cuma ada ketikanya si dia perlukan masa untuk bersama teman. Cuba untuk berlaku adil antara kekasih dan teman-teman. Kalau minggu ini seluruh waktunya dihabiskan dengan kamu, bagi peluang untuk dia bergembira dengan teman-temannya pula minggu hadapan.
Usah jadi terlalu bergantung pada kekasih kamu. Banyak perkara yang tidak elok boleh terjadi antaranya kamu akan jadi pengongkong, kuat merajuk dan akan timbul isu tidak sefahaman nanti. Mana tidaknya, asal dia ingin keluar dengan teman-teman, kamu mula nak bagi had waktu untuk pulang kerumah, bila terlewat sikit mula nak merajuk. Bila perkara yang sama berulang, akan timbul pergaduhan.
Cuba untuk fahami kehendak pasangan. Letak diri kamu didalam kasutnya. Jangan buat perkara yang kalau terjadi pada kamu pasti akan membuat kamu rimas. Sama-sama bertolak ansur dan faham memahami antara satu sama lain.