Tahun 2013 semakin hampir untuk melabuhkan tirainya. EH! pasti banyak pahit manis, suka duka yang telah kamu lalui sepanjang tahun ini. Hari ini, EH! ingin mengimbau kembali muka depan sepanjang tahun ini buat ingatan seluruh pembaca dan penggemar majalah EH! sebelum kita melangkah ke lembaran yang baru iaitu tahun 2014.
Gambar: Edisi Januari menampilkan Shila Amzah sebagai muka depan.
Gambar: Dayang Nurfaizah dipilih untuk menghiasi edisi Februari kami.
Gambar: Jelitawan Nur Fazura tampil anggun di bulan Mac.
Gambar: Scha Alyahya berkongsi cerita tentang kisah cintanya di bulan April.
Gambar: Tatkala penggambaran untuk muka depan bulan Mei, Fouziah Gous sedang berdarah manis!
Gambar: Edisi istimewa buat bakal ratu sehari, Jun menampilkan Nora Danish dalam edisi khas perkahwinan pada bulan Jun.
Gambar: Datuk Siti Nurhaliza dijemput menjadi editor jemputan untuk majalah EH! keluaran Julai, edisi khas buat lebaran.
Gambar: Ogos, bulan kemerdekaan memilih Nabila Huda sebagai penghias muka depan.
Gambar: September merakamkan ‘Kiah Pekasam’ iaitu Rozita Che Wan dalam gaya yang minimalis.
Gambar: The Malaysian Sweetheart, Lisa Surihani berkongsi cerita kerjaya dalam EH! keluaran Oktober.
Gambar: Acara tahunan EH! Yang Anggun Dan Disenangi menampilkan lima orang gadis jelita, Tasha Shilla, Emma Maembong, Bella Dally, Anzalna dan Hanez Suraya untuk edisi khas ini.
Gambar: Penutup tirai tahun 2013 ini diakhiri dengan ibu muda Diana Danielle bercerita tentang anak, suami dan ibu.