Suspenders sangat sinonim dengan fesyen lelaki. Namun tiada pula disebut dalam undang-undang fesyen ia tidak boleh digayakan oleh wanita. Mungkin ada yang kurang selesa hendak menggayakannya. Jom EH! bantu kamu.
Gambar: alwaysaddictedtofashion.blogspot.com
Gaya Formal
Mudah. Gayakan suspenders bersama seluar labuh berpotongan lurus seperti palazo atau seluar skinny. Gayakan bersama kameja butang yang mempunyai potongan yang kemas. Tidak perlu jaket untuk gaya formal, tetapi kasu tumit tinggi bertutup atau loafers sudah memadai. Untuk memberikan sedikit sentuhan segar dalam gaya kamu, padanan top bercorak adalah pilihan terbaik. Pastikan suspenders kamu tidak bermotif.
Gambar: styleite.com
Gaya Kasual
Sudah tentunya seluar jean adalah pilihan terbaik untuk kamu. Ada sesetengah potongan seluar yang kurang sesuai untuk digayakan dengan suspenders. Bentuk tubuh banyak mempengaruhi kesesuaiannya. Buat pilihan yang tepat. Bagi menyempurnakan gaya, padanan kasut yang sesuai memainkan peranan yang penting.
Gambar: oasap.com
Santai
Pilihan potongan seluar pendek sama ada high waisted atau atau sebaliknya sesuai untuk digayakan bersama suspenders. Untuk seluar pendek yang mengikut bentuk tubuh, padankanan top longgar manakala bagi seluar pendek yang longgar, top yang mengikut bentuk tubuh adalah yang terbaik. Jangan bosan untuk cuba suai padan dengan kasut kamu.
Gambar: ioofe.com
Gaya Chic
Untuk lebih feminin dan chic, gayakan suspenders dengan skirt. Usah saratkan dengan mainan warna, cukup dengan mainan dua warna sudah mamadai. Kasut leper yang polos atau bercorak membantu kamu mencapai gaya chic.
Selamat mencuba!