Monday blues… Haih malasnya bila dan nak mula hari Isnin semula! Bagi yang berada dikawasan Pantai Timur dan juga Johor, dah tentunya hari Ahad adalah permulaannya. Selalunya kita akan cepat rasa malas bila nak mulakan kerja. Jangan begitu! Kalau kamu malas di hari permulaan, macam mana nak jadi produktif untuk hari berikutnya. Apa perlu kamu buat?
Gambar: my.fakingnews.firstpost.com
Hujung Minggu
Betul hujung minggu adalah waktu yang sesuai untuk berehat, tapi jangan lah bangun meninggi hari. Sebab waktu santai kamu akan meleret dan kamu akan pulang lewat. Apabila pulang lewat, waktu tidur juga sudah terganjak, penyudahnya kamu akan jadi malas untuk bangun pada hari pertama.
Mind Set
Mulai hari ini, ubah mind set kamu yang bencikan hari pertama setiap minggu. Setiap kali sebelum tidur, fikirkan perkara positf yang akan kamu buat esok hari. Apabila bangun pagi, mulakan dengan senyuman.
Habiskan Kerja
Untuk tidak serabut pada hari pertama setiap minggu, siapkan semua tugasan pada hari terakhir setiap minggu. Jangan biarkan ia bertimbun. Jadi kamu tidak akan terbeban dengan lebihan kerja yang kamu tangguh pada minggu lepas.