Gambar: hollyhierman.com
Oleh Alia Roslan
Jalinan persahabatan selama berbelas tahun mungkin akan membawa anda dan teman baik ke satu dimensi yang berbeza. Seperti sister from another parent tetapi apabila masing-masing sudah berkerjaya serta berumah tangga maka sudah tiba masanya untuk anda menjaga batasan dan belajar untuk menerima hakikat bahawa your best friend is no longer yours only.
Terdapat beberapa cara di mana anda boleh mengubah persepsi dan pandangan hidup anda (tanpa teman baik anda).
1. Cari minat dan hobi baru
Mungkin anda boleh cuba untuk mula menjahit atau gardening kerana dengan mengambil langkah untuk menceburi bidang baru, sedikit sebanyak anda akan melupakan teman baik buat seketika dan tidak menjadi terlalu berharap untuk menghabiskan masa bersama.
2. Jangan jadi terlalu emosi
Jika teman baik kamu sudah berkahwin, jangan terasa jika perkara yang anda sering dilakukan bersama kini menjadi aktivitinya bersama suami kerana dia juga ingin melakar memori dan minat yang baru bersama teman hidupnya.
3. Sentiasa berfikiran positif
Positive mind leads to a positive life, jika anda boleh menerima keadaan teman baik anda dengan fikiran yang terbuka sudah pasti anda juga akan berasa tenang dan gembira. Suatu ketika dulu memang anda adalah hidup dan matinya tetapi kini masa sudah berubah dan masing-masing mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk ditunaikan.
4. Be friendly!
Tidak semestinya kamu tidak boleh berkawan dengan orang lain, broad up your mind and mingle around. Anda mampu untuk mempunyai lebih daripada seorang teman oleh itu jangan takut untuk menerima orang baru dalam hidup anda, mungkin dia tidak sama dengan childhood friend kamu itu tetapi mungkin dia adalah peneman hidup kamu untuk masa sekarang.