Gambar: travelmaven.files.wordpress.com
Melancong memang amat menyeronokkan dan dapat merehatkan minda kita disamping menambah pengalaman dan ilmu. Namun, mesti kita tidak mahu percutian mengalami masalah dan menambah kekusutan fikiran yang sepatutnya beritirehat. EH! berkongsi tip pelancongan yang boleh anda praktikkan.
1. Simpan duit kecemasan
Pastikan anda sentiasa menyimpan duit kecemasan di tempat yang tersorok di dalam bagasi untuk keselamatan anda di waktu timpa masalah. Sekurang-kurangnya anda masih ada duit spare untuk digunakan untuk dapatkan bantuan dan pergi membuat laporan di balai polis.
2. Sentiasa menyimpan beg plastik dalam beg pakaian anda
Tentunya anda tidak mahu pakaian berbau stokin atau hapak kerana bercampur dengan pakaian yang sudah di pakai. Pastikan simpan beg plastik dalam bagasi untuk asingkan barangan peribadi.
Gambar: airport-int.com
3. Balut beg pakaian anda dengan wrap plastik
Tahukah anda bahawa terdapat banyak kes penyeludupan dadah secara sembunyi melalui orang awam tanpa disedari oleh mangsa? Gunakan servis pembalutan beg dengan tape plastik di lapangan terbang kerana ia penting untuk keselamatan beg anda dari sebarang kecurian dan sebarang sindiket penyeludupan yang boleh melibatkan anda.
4. Sentiasa bawa hard copy peta tempat yang anda pergi
Sememangnya kita tahu bahawa dunia hari ini canggih dengan teknologi moden yang mampu membawa kita ke mana sahaja yang kita ingin tuju. Tetapi, lebih baik jika anda gunakan peta yang mungkin orang kata old-skool daripada habiskan bateri telefon pintar anda yang lebih penting untuk masa yang diperlukan.
5. Pastikan kad bank anda aktif
Sukarnya apabila kita menghadapi masalah dengan kad bank ketika sedang bercuti apatah lagi di luar negara. Jadi, pastikan dahulu kad bank anda diaktifkan sebelum pergi melancong. Telefon bank untuk pastikan sekiranya anda membuatnya melalui mesin ATM atau online.
Gambar: gapyear.com
6. Dahulukan gambar pemandangan
Selfie? Tidak salah untuk kita selfie ketika sedang melancong. Tetapi ruginya kalau kita tidak mengambil gambar pemandangan indah di tempat kita pergi untuk kenangan.
7. Simpan dokumen perjalanan dalam satu fail
Semestinya kita akan rasa serabut apabila perlu mencari dan menyelongkar setiap poket beg untuk mencari dokumen perjalanan dan pasport ketika check-in di lapangan terbang. Jadi, simpanlah semua dokumen penting di dalam satu beg khas atau fail untuk lebih mudah.
Gambar: sense2.com.au
8. Travel kit penyelamat anda
Gunakan travel kit untuk bawa bahan-bahan cecair seperti syampu, sabun mandi dan pencuci muka bersaiz mini. Semestinya anda tidak mahu barang-barang keperluan anda dihalang masuk pesawat ketika pemeriksaan beg di kaunter pelepasan lapangan terbang. Ia juga dapat menjimatkan ruang beg anda.
9. Ambil tahu di mana pejabat kedutaan
Ia sangat serius. Jangan fikir anda berada di negara yang selamat tidak akan ada masalah berlaku kepada anda. Layari dan buat research, catat alamat pejabat kedutaan berada dan simpan di tempat yang selamat.
10. Rehat untuk hilangkan jet-lag
Anda mesti tidak suka percutian anda dipenuhi dengan rasa penat dan tidak cukup tidur. Percutian semestinya untuk anda berehat dan tenangkan minda. Jadi, dapatkan rehat yang cukup untuk menghilangkan jet-lag sebaik tiba di destinasi bagi yang merentas zon masa berbeza.