Sewaktu majlis Academy Awards yang berlangsung beberapa minggu lalu, mata sememangnya tertumpu pada gaya selebriti di karpet merah Oscar sahaja. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu ramai selebriti bertukar baju untuk menghadiri After-Party Oscar yang dianjurkan oleh Vanity Fair. Jom tengok lima gaya rona monokrom hitam dan putih pilihan EH!
Amy Adams memilih menggayakan gaun toga ala ‘Greek’ rona putih. RIngkas dalam helaian polos putih namun kekal elegan.
Anne Hathaway memilih rekaan Viktor & Rolf. Gaun kemban ini membuatkan kaki Anne Hathaway tampak panjang.
Doutzen Kroes memilih gaun kembang paras lutut ilham Delphine Manivet. Satu gaya yang cukup ringkas namun menyerlahkan personaliti pemakainya. Ringkas!
Lupita Nyong’o menggayakan gaun putih dengan juraian manik hijau di dada dari rumah fesyen, Miu Miu. Trofi Oscar adalah ‘perincian’ paling berharga pada gayanya ini.
Taylor Swift memilih gaun labuh gemerlap ilham Julien Macdonald. Potongan klasik dan membuatkan penampilan Taylor Swift lebih matang, sesuai acara yang dihadiri.