Oleh: Khairul Abidin
Gambar: Karl Shafek
Pelakon dan juga hos, Karl Sahfek berkongsi kisah kembara percutiannya bersama EH! Mungkin apa yang dikongsikannya ini boleh dijadikan panduan berguna buat anda yang sedang merancang mahu bercuti hujung minggu ini.
Apa yang mesti dibawa kala bercuti?
Sudah pastilah wang yang mencukupi, kamera digital SLR, telefon bimbit dan pengecas gajet-gajet saya.
Destinasi percutian paling menarik pernah dikunjungi dan anda mahu kunjungi lagi?
Istanbul, Turki.
Apakah jenis lagu yang anda dengar sepanjang perjalanan ke destinasi percutian?
Saya gemar mendengar lagu berentak jazz dan relaks untuk menaikkan mood percutian ketika mulakan percutian. Tapi baru-baru ini ketika saya ke Jogajakarta saya enjoy layan full album Muse – The 2nd Law.
Destinasi impian?
Brazil.
Mesti buat pabila bercuti?
Cari makanan tempatan yang unik dan belajar cara-cara menyediakannya.
Jangka masa percutian paling ideal bagi anda?
Lima hingga enam hari. Saya suka percutian yang free and easy. Mungkin dalam satu hari maksimum hanya dua tempat sahaja yang mahu saya kunjungi di tempat percutian saya itu dan spend time yang lama di suatu tempat. Saya tidak mahu hanya singgah, tengok dan balik!
Jumlah perbelanjaan yang diperuntukkan untuk percutian?
Bergantung ke atas destinasi yang dirancang dan jenis percutian sama ada seightseeing, backpacking atau membeli-belah. Saya pernah ke Bangkok selama tujuh hari ketika musim cuti tahun baru hanya berbekalkan RM3,000 sahaja termasuk perbelanjaan hotel dan makan.
Tip percutian yang anda mahu kongsikan?
Asingkan wang perbelanjaan hotel, makan dan minum untuk keseluruhan percutian. Gunakan duit sebijak-bijaknya.
Percutian ialah…