Oleh Khairul Abidin Ishak
Peter Philips
Claude Martinez, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Christian Dior mengumumkan pelantikan Peter Philips sebagai Pengarah Kreatif dan Imej Christian Dior Makeup. Ini adalah satu berita besar dalam dunia kecantikan sementelah Peter Philips dilihat sebagai salah seorang jurusolek berpengaruh di era ini.
Sebelum menyertai Dior, jurusolek kelahiran Belgium ini berkhidmat selama lima tahun bersama Chanel, dan salah satu produk yang mendapat sambutan ialah Jade Le Vernis. Pewarna kuku yang diperkenalkan pada tahun 2009 itu mencipta fenomenanya tersendiri.
“Dia memiliki bakat yang cukup unik dan dia mempunyai visi dunia kecantikan moden yang diakui seluruh dunia,” ujar Claude Martinez.
“Saya rasa cukup terharu apabila mendapat kepercayaan Christian Dior Makeup, yang mana saya cukup mengagumi inovasi mereka. Saya berasa teruja untuk bekerja dengan mereka dan ‘menghanyutkan’ diri saya dalam dunia Dior.” Ujar Peter Philips pula.
Pastinya pencinta dunia kecantikan dan fesyen menanti-nanti apakah ilham Peter Philips bersama Dior tidak lama lagi.
Ayuh lihat curahan hasil kerja Peter Philips bersama Chanel sepanjang dia bersama jenama agung kelahiran Paris, Chanel.