Oleh Anis Hanini
Gambar: INGimage
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kita adalah sebahagian daripada “Generasi Selfie”. Definisi selfie dalam kamus Oxford ialah gambar individu yang diambil sendiri sama ada menggunakan telefon pintar atau kamera web dan dimuatnaik di dalam laman media. Jadi pelajari tip berikut untuk selfie terbaik anda!
1) Pilih latar belakang yang sesuai
Lihat sekeliling anda sebelum mengambil gambar selfie jadi anda boleh mencari latar belakang yang sesuai. Jika anda mahukan wajah anda menjadi tumpuan utama, pilih latar belakang neutral seperti dinding.
2) Pencahayaan penting
Pencahayaan yang terbaik untuk selfie ialah cahaya semula jadi, bukannya daripada flash kamera anda. Gambar di tepi tingkap memberi anda gambar yang lebih lembut dan semula jadi, malah mampu mengurangkan bayang-bayang pada wajah.
3) Kenali angle wajah
Kelebihan utama mengambil selfie ialah anda tahu bahagian wajah anda yang paling bagus. Untuk kelihatan lebih kurus, ambil selfie daripada angle atas. Tip untuk angle universal ialah pegang kamera pada aras mata dan gerakkan muka sehingga angle ¾.
4) Senyum
Tidak salah jika anda mahu kelihatan moody dan cool di dalam gambar tetapi anda lebih manis jika anda senyum terutamanya jika anda tidak dapat pose yang diingini. Belajar senyum di depan cermin agar ia kelihatan semula jadi dan tidak berpura-pura.
5) Pilih filter yang betul
Selepas mengambil gambar selfie, pilih filter untuk menceriakan lagi gambar! Filter seperti Rise memberi glow keemasan agar gambar lebih menarik manakala X-Pro II menambah warna lebih terang pada gambar.
Selamat mencuba!