Alam semulajadi yang makin tenat perlukan perhatian kita dan kali ini kempen kesedaran diperhebatkan dengan mengajak orang ramai untuk lebih bertanggungjawab dalam menggunakan bekas makanan polystyrene. Usaha ini diwar-warkan pada pelancaran Earth Month 2014 anjuran The Estee Lauder Companies dengan kerjasama Mid Valley Megamall, HSBC dan Shark Savers dengan tumpuan diberikan kepada tema Beautiful Ocean mulai 19 hingga 30 Mac 2014.
Orang ramai boleh menyahut dan menyokong kempen ini dengan berkunjung ke ruang legar South Court, Mid Valley sambil menyaksikan hiasan terumbu karang menggunakan bahan kitar semula serta mengetahui lebih lanjut mengenai usaha menyelamatkan alam.
Dengan mesej yang jelas iaitu “Reduce: Adopt Biodegradables. Take away Responsibly”, anda tentunya kini lebih peka untuk mengurangkan penggunaan bahan sukar untuk dikitar ini dengan sebaik-baiknya membawa bekas makanan untuk membungkus makanan. Sayangi bumi kita!