Oleh: Khairul Abidin
Pelakon jelita ini pernah berkhidmat sebagai pramugari di dua syarikat penerbangan antarabangsa. Sudah pelbagai tempat dia kunjungi dan lawati dan setiap satunya menawarkan pengalaman yang cukup berbeza. Bersama EH! meluangkan masa bercerita tentang pengalaman dan tip percutian.
Apa yang mesti bawa kala bercuti?
Iphone, kamera, kaca mata hitam, wang tunai US Dollar, pasport, hand sanitizer, semburan muka M.A.C, flipflop, Milo 3 in 1 dan kawan baik saya Izanny Ibrahim.
Destinasi percutian paling menarik pernah dikunjungi?
Kota New York, Itali dan Mauritius.
Destinasi idaman?
Rio, Brazil.
Mesti buat kala bercuti?
Kunjungi restoran dan lepak di tempat menarik yang dikunjungi oleh orang tempatan.
Berapa lama biasanya masa diambil sewaktu bercuti?
Minimum 15 hari, paling lama sebulan.
Peruntukan percutian (bajet)?
Mengikut kemampuan.
Anda sukakan percutian yang adventurous, relaks atau elegan?
Elegan dan relaks. Namun, semuanya bergantung kepada destinasi.
Tip percutian yang mahu dikongsi?
Perlu ada perancangan apa yang mahu dilakukan. Saya tidak suka lakukan perkara di saat akhir. Jika dirancang pada saat akhir pada saya ia membuang masa. Dan paling penting kita mesti bercuti dengan orang yang disenangi supaya percutian lebih ceria dan bermakna.
Pengalaman tidak dilupakan sewaktu bercuti?
Tertinggal kapal terbang dari Doha ke New York. Jadi, sudah rugi sehari. Apabila tiba di John F. Kennedy Airport, saya ditahan untuk secondary check kerana saya bercuti seorang dan juga kerana ‘sir name’. Yang paling kelakar apabila mereka bertanyakan soalan-soalan yang pelik termasuk apakah muzik kegemaran saya. Kawan-kawan semuanya sudah risau, menyangka saya diculik kerana saya tidak boleh menjawab sebarang panggilan sewaktu disoal siasat.
Mengapa bercuti itu penting bagi anda?
Untuk lari daripada rutin harian. Selain itu dapat meluangkan masa bersama yang tersayang, berkongsi pengalaman yang menarik dan tentunya mencipta lagi satu memori yang akan dikenang sampai bila-bila.