Gambar: freeimages.com
Sudah banyak cara anda cuba untuk miliki berat badan ideal termasuk bersenam dan menjaga pemakanan. Usah putus ada kerana ada beberapa lagi strategi yang boleh anda cuba untuk pertingkatkan keupayaan untuk capai impian langsing anda.
EH! temui beberapa makanan yang boleh anda cuba sertakan dalam diet harian dan jika boleh amalkan untuk dapatkan tubuh yang langsing dan dalam masa yang sama lebih sihat juga.
Teh Hijau
Tukar kopi anda dengan teh hijau setiap petang untuk rasa segar semula. Teh hijau meningkatkan hormon thyroxine dan metabolisme meningkat dalam beberapa jam selepas itu.
Salmon
Ikan salmon kaya dengan omega-3 dan asid lemak omega-6 yang membantu mengimbangi pengambilannya dalam tubuh. Kedua zat ini cukup untuk anda berasa kenyang dan tidak mahu makan lebih dari hidangan ini kerana ia mengurangkan peningkatan insulin dan bekalan lemak dalam badan.
Minyak Zaitun
Cuba gunakan minyak ini setiap kali anda masak. Seperti minyak ikan, ia juga kaya dengan omega-3 yang membantu pencernaan, kecerdasan otak dan juga memastikan organ berfungsi dengan lancar dan juga mengawal selera.
Beras Perang
Beras ini mempunyai kandungan chromium yang tinggi, iaitu sejenis mineral yang membantu melancarkan tahap gula dalam darah.
Kacang Walnat
Kacang ini kaya dengan asid lemak omega-3 yang menggalakkan pembakaran lemak dan berupaya membakar lebih kalori dalam sehari.
Sardin
Ikan ini bukan saja mengandungi tahap merkuri yang sedikit tetapi juga kaya dengan asid lemak omega-3 serta vitamin B dan juga kandungan cholane.