Sudah dengar banyak petua, cuba beberapa lagi bahan yang mudah untuk didapati dan rawat luka dalam mulut itu segera!
Ada kalanya tanpa disedari mulut terasa bisa bila sedang menjamu selera. Tidak hairanlah mengapa pedih itu selalunya datang dari ulser mulut atau juga digelar mata ikan oleh kerana rupanya yang berbentuk bulat dengan luka putih yang membengkak. Selalunya petua orang-orang tua menyuruh untuk kumur air garam tetapi EH! temui beberapa lagi remedi yang boleh anda cuba untuk redakan ulser ini.