Oleh: Yana Baharudin
Mencatat sejarah dalam arena peragaan, kemunculan Kate Moss pada tahun 1992 merombak cita rasa pentas peragaan dari pilihan model bertubuh curvy ke pilihan model bertubuh kecil. Bermula dari mengikat kontrak bersama jenama Calvin Klein kala itu, namanya tidak pernah senyap malah setiap tahun dan setiap musim wajahnya terpampang di kempen-kempen iklan sehingga ke hari ini.
Malah, setiap helaian yang membaluti tubuhnya menjadi ikutan dan sekali gus mencipta evolusi fesyen semasa. Jadi, untuk anda penggemar dan pengikut setia gaya Kate Moss, Topshop sekali lagi berpeluang dalam menjalinkan kolaborasi bersama ikon fesyen ini dalam rangkaian yang penuh mistik, magis dan pastinya menonjolkan cita rasa fesyen yang terkini. Perincian bulu, rambu, manik-manik berserta sulaman yang ‘so Kate’ berserta kombinasi personaliti peribadi anda pastinya melakar statement paling unggul tahun ini.