Gambar: Instagram
18 April ini genap dua bulan Erra Fazira bercerai secara rasmi dengan Engku Emran. Namun layangan gambar anak tunggal mereka mengenakan baju T bertulis #prayformomandayah berserta nota perbualan bekas suaminya itu dengan Engku Aleesya, 5, yang dikongsi di laman Instagram lelaki berkenaan mengundang pertanyaan.
Sekaligus seakan mengesahkan Engku Emran mahu mengambil hati aktres itu semula. Jika di pihak Erra sendiri menyatakan terkejut dengan tindakan terbukanya itu, Engku Emran pula lebih selesa mendiamkan diri apabila mengakui tidak kisah andai orang ramai tertanya-tanya.
Apa pun, sama ada mereka bakal bersatu seperti yang didoakan peminat, kita lihat saja perkembangannya biar sebilangan pemerhati agak keliru dengan tujuan Engku Emran mendedahkan hasrat hati di laman sosial sedangkan ia seeloknya ditangani secara peribadi.