Oleh: Khairul Abidin
EH! berkesempatan bertemu dengan aktres terkenal Fasha Sandha untuk satu sesi penggambaran istimewa untuk sebuah projek khas sempena ulang tahun EH! ke-15. Setelah sekian lama tidak bertemu, Fasha sempat berkongsi berita gembira bersama EH!. Dia kini sudah hamil anak kedua.
“Saya terima rezeki yang Allah berikan ini walaupun ada yang mengatakan jarak anak kedua ini terlalu dekat, kata mereka tak puas Rayfal bermanja dengan saya. Tetapi pada saya ini semua rezeki,” jawab Fasha.
Usia anak pertama Fasha dan suaminya yang mesra dipanggil Jejai baru sahaja mencecah setahun pada hari penggambaran ini (Selasa lalu). Menurut Fasha anaknya itu tidak berapa sihat sejak pulang dari bercuti di luar negara baru-baru ini. Pabila ditanya tentang jantina anak keduanya ini tentu sekali dia mahukan anak perempuan, namun dia menerima sahaja pemberian Allah dengan penuh rasa syukur.