Oleh: Farhana Fuad
Gambar: INGimage
Gelaran diberi sebagai mahkota seorang wanita, jadi sebagai aset yang berharga jangan pula anda abaikan penjagaan rambut kerana ia harus kekal cantik, sihat, lebat, hitam dan bersinar. Ada pelbagai jenis rambut bagi setiap orang. Oleh itu, cara penjagaan rambut juga berbeza bergantung kepada jenis rambut ini.
Seperti kulit, penjagaan mahkota berharga ini amat penting dan belaian harian akan memastikan rambut tidak terabai. Rambut yang rosak boleh berlaku disebabkan punca pemakanan tidak baik, tekanan emosi, ketidakseimbangan hormon dan perawatan rambut yang tidak bagus.
EH! berkongsi jenis rambut dan tips penjagaannya agar kekal sihat dan cantik.
Gambar: INGimage
1.Rambut normal
Jika jenis rambut ini adalah normal. Dengan kelembapan dan minyak yang dikeluarkan dari kepala tidak lebih dan tidak kurang sangat mudah untuk dijaga.
Tips penjagaannya juga mudah. Hanya gunakan syampu setiap dua hari sekali dan gunakan perapi rambut untuk mengekalkan kelembapannya.
2. Rambut berminyak
Rambut jenis berminyak adalah disebabkan kelenjar di bahagian kulit kepala yang aktif. Rambut akan nampak basah dan berminyak sekaligus membuatkan rambut dan kulit kepala cepat kotor. Bahkan liang pori di bahagian kepala juga akan mudah tersumbat disebabkan minyak yang berlebihan dan punca kepada rambut gugur.
Penjagaan untuk rambut jenis berminyak adalah dengan mencuci rambut dengan lebih kerap agar ia kekal bersih dan cantik.
3. Rambut kering
Rambut kering akan menyebabkan rambut kelihatan kusam dan kering disebabkan kelenjar minyak yang kurang mengeluarkan minyak. Selalunya rambut jenis ini mudah kusut dan rosak di bahagian hujung rambut. Terlalu kerap menggunakan pengering rambut dan syampu juga boleh mengakibatkan rambut mudah rapuh.
Tip penjagaan rambut jenis kering ini adalah dengan membilas rambut dengan air dan menggunakan serum untuk rambut kusam agar rambut kekal lembap dan sihat.