Meraikan ulang tahun ke-15 EH! tahun ini, 15 selebriti ternama dihimpun dalam buku khas ini untuk mereka berkongsi tip juga rutin kecantikan secara eksklusif. Datuk Siti Nurhaliza, Rozita Che Wan, Maya Karin, Izara Aishah, Scha Alyahya, Nora Danish, Siti Saleha, Fouziah Gous, Lisa Surihani, Nur Fazura, Misha Omar, Diana Danielle, Erra Fazira, Neelofa dan Fasha Sandha mewarnai buku 196 halaman ini bukan saja dengan kecantikan masing-masing tetapi juga rahsia cantik mereka.
Selain itu, tip serta pandangan pakar dalam bidang kecantikan turut ditampilkan untuk pembaca praktikkan. Nama-nama hebat dalam bidang persolekan seperti Khir Khalid, Tiar Zainal, Fendi Sani, Emmy Agung, Bong, dan juga pemenang Jurusolek Selebriti Pilihan Anugerah Stail EH! Najeeb Azami berkongsi pengalaman masing-masing serta trik solekan sempurna.
Juga menarik lima pembaca EH! tampil anggun disolek dan didandan seiras selebriti popular yang pernah menghiasi muka depan EH! Saksikan transformasi mereka serta panduan langkah demi langkah untuk anda cuba juga.
Memantapkan lagi buku kecantikan ini, panduan kulit sempurna turut melengkapi sebagai persiapan wajah yang mulus dan sihat. Dapatkan buku edisi khas ini di toko buku dan majalah berdekatan sekarang! Hanya RM12 senaskhah.