Walaupun berpuasa tentunya anda ingin sentiasa segar bertenaga untuk lebih fokus pada kerja. EH! ada tip untuk atasi kelesuan ini.
Bukan hanya berpuasa dari makan dan minum, malah di bulan ini jugalah yang digalakkan membuat amal dan kekal bertenaga sepanjang hari serta menahan selera seawal subuh hari sehingga menjelang maghrib. Namun, kita haruslah kekal bertenaga sepanjang hari agar tidak tergendala pekerjaan yang ingin dilakukan dan tidak mendorong kita untuk membatalkan puasa atas sebab tidak bertenaga ketika berpuasa.
Jadi, ketahui beberapa tips kesihatan agar kekal bertenaga sepanjang hari di bulan Ramadhan ini.