Clinique mencipta serum hebat yang merawat masalah kulit yang boleh dilihat dan yang terlindung.
Smart Custom-Repair Serum, itulah serum ilham baru Clinique. Serum ini hadir dengan kuasa 37 paten yang bertindak merawat dan memperbaiki pelbagai masalah kulit. Serum ini dicipta untuk memenuhi keperluan kulit yang berubah-ubah. Lebih lima tahun pakar kulit Clinique berkampung di dalam makmal untuk menghasilkan serum pintar ini.
Sapukan dua kali sehari selepas selesai langkah asas rejim belaian kulit anda. Lengkapkan dengan sapuan pelembap dan krim tabir suria. Harganya, RM255 (30ml) dan RM350 (50ml).
5 soalan bersama Dr. Tom Mammone, Executive Director of Skin Physiology & Pharmacology
Clinique adalah satu jenama yang cukup fokus pada produknya. Mengapa tiba-tiba menghasilkan serum yang bertindak dengan pelbagai focus dan fungsi.
Sebagai peneraju penjagaan kulit custom-fit, Clinique memang percaya kepada pengkhususan. Ini adalah serum jenis baru. Clinique Smart Custom-Repair Serum tidak hanya merawat lebih daripada satu masalah kulit, namun formula yang dicipta akan fokus secara spesifik kepada satu-satu masalah kulit, merawat kerosakan yang anda boleh dilihat atau sebaliknya.
Bagaimana pula dengan etnik yang terlibat dalam ujian produk ini?
Produk ini dicuba ke atas lapan etnik berbeza, Caucasian, Afrika-Amerika, Hispanic, India, Korea, Asia, China dan Jepun.
Berapa orang yang melalui proses percubaan produk ini?
Kesemuanya 450 wanita telah menjalani ujian klinikal untuk produk ini.
Berapa banyak isyarat (signals) yang kulit kita miliki?
Kulit kita mempunyai pelbagai kelompok isyarat, setiap sel sering memberikan isyarat kepada sel berlainan. Sebagai contoh isyarat ini adalah seperti isyarat interleukin; kulit kita mempunyai lebih 30 molekul sel komunikasi antara sel radang dan sel kulit. Contoh lain pula ialah prostaglandin; kulit kita mempunyai lebih dua dozen isyarat yang peka perangsang dan penentang sel radang di dalam kulit.
Bagaimana serum ini memahami isyarat kerosakan yang boleh dilihat dan yang tidak boleh dilihat?
Serum ini mengandungi pelbagai bahan yang memberi respons kepada pelbagai isyarat yang disampaikan menerusi cara tertentu. Ibarat mangga dan kunci; kunci adalah molekul yang dipatenkan dan boleh digunakan kepada satu isyarat sahaja. Sebagai contoh, UP302 adalah molekul spesifik yang hanya memberi respons kepada hiperpigmentasi. Manakala kerosakan yang tidak boleh dilihat pula, serum ini bertindak kepada bahagian bawah kulit yang akhirnya akan jelas kelihatan di masa mendatang.
Bahan-Bahan Smart Custom-Repair Serum
1. Dianella Ensifolia dan ekstrak akar Morus Nigra, ekstrak anggur juga akar Scutellaria Baicelensis bertindak menyamaratakan ton kulit.
2. Antioksidan, vitamin C dan Ergothioneine bertindak melawan penghasilan melanin.
3. Asid Salicylic pula mengelupaskan bintik hitam.
4. Acetyl Hexapeptide-8 dan Palmitoyl Oligopeptide membantu menolak kulit yang berkedut dari dalam agar kulit lebih tegang.