Gambar: TPGVIP
Kecoh sebentar laman sosial pabila pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya tidak mahu mendedahkan nama anak kelahiran mereka, sebaliknya berteka-teki dengan memberi gelaran Baby L kepada umum. Namun menerusi akaun Instagram-nya beberapa hari yang lalu, Scha telah mendedahkan bahawa puteri sulungnya itu dinamakan Lara.
Lain pula dengan kisah pasangan Hollywood yang dikenali dengan cita rasa pelik mereka pabila menamakan anak dengan nama yang lain dari kebiasaan.
1. PRINCE MICHAEL II/BLANKET
Anak ketiga Michael Jackson ini dipanggil “Blanket” oleh ayahnya iaitu lagenda pop dunia Michael Jackson. Barangkali untuk membezakan dia dengan abangnya yang juga sinonim dengan nama Prince Michael I.
2. KAL-EL
Anda mungkin pernah dengar akan nama ini kerana ianya merupakan nama asal karakter Superman. Mungkin pelakon Nicholas Cage merupakan peminat tegar Superman oleh itu dia menamakan anaknya sempena karakter superhero itu.
3. NORTH WEST
Jika dianalis, nama kepada anak Kim Kardashian serta Kanye West ini bermaksud utara barat. Rata-rata peminat di laman sosial mentertawakan pasangan ini kerana menamakan anak mereka dengan nama yang agak kelakar.
4. SHILOH NOUVEL
Agak susah untuk menyebut nama pasangan mega Angelina Jolie dan Brad Pitt ini. Shiloh juga mempunyai adik-beradik yang bernama agak pelik seperti abangnya Maddox, serta adiknya Pax dan Knox.
5. SEVEN SIRIUS, PUMA SABTI dan MARS MERKABA
Nama yang agak luar biasa bagi seorang bayi bukan? Erykah Badu mungkin mahukan nama yang agak eksotik buat anak-anaknya sesuai dengan personaliti serta karakter dirinya, tetapi nama “Puma” mungkin agak pelik kerana ianya dikenali umum sebagai jenama kasut.
6. PILOT INSPEKTOR LEE
Pelakon komedi Jason Lee yang dikenali dengan siri televisyen My Name Is Earl menamakan anaknya dengan nama Pilot Inspektor Lee. Mengapa? Menurutnya, dia terdengar sebuah lagu dari band Grandaddy yang bertajuk “He’s Simple, He’s Dumb, He’s the Pilot”.
7. DIVA MUFFIN ZAPPA
Anak bongsu kepada ahli muzik Frank Zappa itu kini berumur 35 tahun. Menurut bapanya, dia dinamakan “Diva” kerana suaranya yang kuat hingga boleh didengar sejauh 300 meter.
8. PHAEDRA COHEN
Phaedra yang kedengaran seperti nama anak perempuan diberikan kepada anak lelaki kedua mendiang sosialit Peaches Geldof. Menurut bahasa Greek, “Phaedra” bermaksud “terang”. Tetapi Peaches mengakui bahawa dia menggunakan nama itu bersempena nama sebuah album kumpulan kesukaanya.
9. JERMAJESTY
Mungkin abang kepada Michael Jackson ini menginginkan nama yang catchy untuk anaknya lantas menggabungkan namanya “Jermaine” serta “majesty”.
10. ROSALIND ARUSHA ARKADINA ALTALUNE FlORENCE THURMAN-BUSSON
Adakah aktres Uma Thurman memanggil nama anaknya dengan panggilan berlainan setiap hari kerana namanya yang teramat panjang ini?