Gambar: TPGVIP
Pasangan emas Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt yang turut digelar Brangelina telah melangsungkan perkahwinan secara rahsia di Perancis Sabtu lalu.
Perkahwinan tersebut berlangsung di sebuah gereja kecil di Chateau Miraval, Perancis yang turut terletak kediaman milik pasangan itu. Upacara itu hanya dihadiri 22 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga pihak lelaki. Anak-anak mereka turut sama menghadiri majlis itu. Anak perempuan mereka Zahara dan Vivienne ditugaskan menabur kelopak bunga ros di sekeliling lantai manakala Shiloh serta Knox pula bertindak sebagai pembawa cincin. Pasangan itu dikatakan mengalirkan air mata sewaktu mengangkat sumpah perkahwinan.
Jolie dan Pitt bertemu di set filem Mr. and Mrs. Smith pada tahun 2005. Mereka menjalin hubungan cinta dan sejak itu tidak dapat dipisahkan.