Oleh: Farhana Fuad
Gambar: ingimage.com
Beard atau facial hair dikenali sebagai jambang dalam definisi Bahasa Malaysia merupakan rerambut yang tumbuh pada raut wajah lelaki. Ia sebenarnya berasal dari zaman purba lagi. Namun ianya mula diterapkan kembali budaya menyimpan jambang apabila Presiden Amerika Syarikat pada abad ke-19 Abraham Lincoln mula mempamerkan budaya jambang dalam masyarakat bumi barat.
Gambar: BeardLordOfficial
Kini budaya menyimpan jambang sudah mula diterapkan semula di kalangan lelaki dan selebriti malahan juga di dalam Malaysia. Bukan itu sahaja, bahkan ianya mula popular apabila adanya produk-produk lokal khusus dalam mencantikkan dan sekaligus membantu dalam penumbuhan facial hair seperti produk BeardLord yang hari ini kian terkenal di negara-negara membangun termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia.
Dengan penggunaan minyak dan wax khas untuk facial hair, ia akan kekal cantik dan kemas dalam masa sehari. Mungkin budaya jambang boleh anda cuba untuk gaya yang lebih maskulin disamping menjaga kulit wajah anda dari sinaran terus cahaya matahari yang merosakkan kulit wajah. Namun, kekemasan dan kebersihannya tidak boleh diambil sambil lewa kerana ianya juga untuk penampilan yang lebih meyakinkan. Ketahui tips untuk lelaki berjambang.
1. Potongan
Biarkan jambang anda tumbuh lebih lama agar ia tumbuh panjang walaupun tidak seragam. Selepas itu barulah anda potong dan bentuk mengikut gaya yang anda inginkan.
2. Syampu
Ianya sama seperti rambut. Cuci jambang anda dengan menggunakan syampu rambut agar kebersihannya terjamin dan tampak lebih sihat serta terjaga.
3.Trim
Untuk mengelakkan jambang tumbuh bercabang seperti rambut, amalkan dengan memotong sedikit hujung pangkalnya sekali pada setiap dua bulan.
4. Sikat
Kemaskan jambang dengan menyikatnya pada setiap hari agar ia kelihatan kemas dan tidak membuatkan orang sekeliling kita rasa tidak selesa dengan penampilan kita yang tidak terjaga.
5. Minyak
Gunakan minyak atau produk yang khas untuk jambang dan misai dengan amaun yang sedikit di telapak tangan dan sapu menyeluruh pada jambang agar ia kekal cantik dan kemas.
Gambar: BeardLordOfficial