[tab: Konsert EH!]
[tab: Trivia EH! 15 Tahun]
EH! Favorite 15
Istimewa sempena ulangtahun ke-15 EH!, team kami berkongsi favorite item masing-masing!
1. Khairul Abidin (Pengarang)
iPod classic
Kenapa?: “My must have!”
2. Yana Baharudin (Pengarang Fesyen)
NARS Audacious Lipstick: Janet
3. Hafizan Mohd (Penulis Kanan Gaya Hidup)
Buku Pharrell: Places & Spaces I’ve Been
4. Muzammin Muzlan (Penulis Fesyen)
Lavazza Caffe Espresso
Kenapa?: “I love good coffee”
5. Izzati Saadin(Penulis)
Set mani pedi Chanel
6. Nurul Izni Jalil (Penulis)
Gambar bersama anak kesayangan
7. Anis Hanini (Penulis Projek Khas)
Eyeko London Black Magic Mascara Drama & Curl
8. Yantie Basharudin (Pengarah Seni Bersekutu)
Mood board
Kenapa?: “Keep putting out good. It will come back to you tenfold in unexpected ways.”
9. Nurul Huda Alias (Pereka Bentuk Grafik)
Kaca mata
10. Nadia Aswardy (Pereka Bentuk Grafik)
Fur winter hat
11. Aida Osman (Pengarang Urusan)
Cincin vintage pemberian arwah ibu
Kenapa?: “Sentimental value.”
12. Lailaa Khaleela (Eksekutif Kanan Promosi & Penjenamaan)
Cupcake
13. Jolston Ng (Pengarah Jualan Kanan)
Hasil lukisan kreatif anak perempuan
14. Sanie Goh (Penolong Pengurus Jualan)
Jam tangan Breitling
Kenapa: “It is light, stylish and I love big watch.”
15. Izza Safinaz Ibrahim (Editor Kanan Media Digital & Projek Khas)
MCM purse
Kenapa: “Fits any occassion.”
[tab: Cerita Selebriti]
Oleh: Farhana Fuad & Mujahid Saddam
Sempena sambutan ulang tahun ke-15 Oktober ini, EH! tampil istimewa dengan tiga muka depan berbeza dihiasi 15 selebriti terkemuka tanah air. Kami juga turut menemu bual beberapa lagi selebriti untuk berkongsi kisah mereka ketika berumur 15 tahun. Jom ikuti cerita selebriti ini!
1. Izara Aishah
Gambar: Instagram Izara Aishah
“Masa Izara umur 15 tahun, Izara bersekolah di SMK Cochrane, Jalan Syahbandar di Kuala Lumpur. Izara seorang yang naughty girl. Izara seorang yang tomboy, Izara selalu cari pasal dekat sekolah, Izara selalu ponteng sekolah, Izara gangster. Siapa yang cari pasal dengan Izara memang tunggulah balasannya. Masa itu juga, Izara seorang atlet sekolah. Jadi geng-geng olahraga ini lain macam sikit perangainya.”
2. Izzue Islam
Gambar: Instagram Izzue Islam
“Ketika saya berumur 15 tahun, saya masih ingat bahawa saya pernah terlibat dalam kemalangan jalanraya ketika saya bersama seorang sahabat baik saya membonceng basikal dan saya merupakan penunggang dibahagian belakang, manakala sahabat saya yang menunggang motosikal tersebut. Kemalangan tersebut berpunca daripada sebuah motorsikal lain melanggar lampu merah isyarat dan terus melanggar kami yang melalui jalan tersebut ketika lampu isyarat hijau. Ketika itu saya dan sahabat dalam perjalanan ke pusat tuisyen pada waktu malam. Kemalangan itu boleh dikatakan teruk juga tetapi saya bernasib baik. Malangnya sahabat saya dimasukkan ke dalam wad ICU di sebuah hospital di Kelantan kerana keadaannya kritikal dan kian pulih selepas lebih kurang empat hari.”
3. Fahrin Ahmad
Gambar: Instagram Fahrin Ahmad
“Masa saya berumur 15 tahun, saya bersekolah di sekolah berasrama di SMK Agama, Segamat Johor. Orang Johor cakap sekolah Maahad. Ketika saya di sekolah itu, saya seorang yang aktif dalam aktiviti sukan sekolah. Disebabkan terlalu aktif bersukan dan bapa saya tidak boleh ‘monitor’ kelakuan dan aktiviti yang saya lakukan, jadi bapa saya mengambil keputusan untuk memindahkan saya ke Maktab Sultan Abu Bakar atau juga dikenali sebagai English College Johor Bahru. Masa itu saya agak sedih dengan keputusan yang bapa saya ambil iaitu dengan memindahkan saya semula ke Johor Bahru iaitu juga tempat kelahiran saya. Tetapi selepas pindahnya ke English College pada tahun yang sama ketika saya berumur 15 tahun, saya telah dilantik sebagai seorang kapten kepada kumpulan ragbi di sekolah itu. Bahkan saya juga diwakilkan untuk bermain di peringkat negeri. Saya aktif bermain ragbi sejak dari ketika itu juga sehinggalah dua tahun lepas. Bagi saya memori itu lebih menjadikan saya berdisiplin dan dikawal oleh ibubapa.”
4. Nik Michael
Gambar: Instagram Nik Michael
“Usai 15 tahun pada tahun 2004, saya sedari bahawa perempuan suka akan lelaki yang memasak. Saya yang sememangnya sudah mula memasak ketika itu terus membuat keputusan untuk menceburi bidang masakan secara serius. Saya belajar memasak di rumah menerusi bapa yang juga merupakan seorang chef profesional di Australia. Selepas menetap di Malaysia, bapa saya beralih ke bidang perbankan dan sering memasak untuk client dan kawan-kawannya di rumah. Semasa kecil saya sering tolong dia kemas meja makan, angkat pinggan, potong bawang dan seterusnya semasa berumur 15 tahun, saya yang akan masak dan bapa bersembang dengan kawan-kawan. Itulah titik bermulanya karier saya.”
5. Qi Razali
Gambar: Instagram Nelydia Senrose
“Waktu itu tahun 1992. Impian saya untuk menjadi rockstar menjadi kenyataan apabila saya bertemu Radhi di pusat tuisyen seterusnya membawa kepada penubuhan kumpulan OAG. Semasa semua orang sibuk dengan peperiksaan SRP, kami aktif pergi jamming. Tapi semuanya berbaloi sebab kami dapat buat persembahan depan orang ramai, pergi majlis anugerah dan dapat masuk studio rakaman seterusnya terlibat dalam pembikinan album yang dilancarkan pada tahun berikutnya.”
[tab: 15 Perkara]
15 Perkara Qi Suka Tentang Nelydia
Gambar: Instagram Nelydia Senrose
Istimewa sempena ulang tahun EH! ke-15, team kami sempat menemubual Qi bagi bertanyakan 15 perkara yang dia suka tentang kekasih hatinya, Nelydia Senrose. Ikuti apa katanya.
1. “Dia seorang yang kelakar.”
2. Sangat berbakat.
3. Sangat fokus.
4. Karakter manjanya.
5. “Ada angin gila (pemarah) dia sikit, tapi tak teruk, which I find cute.”
6. “Dia suka makan sama macam saya. Kami suka pergi food hunting sekali.”
7. “Perangai dia yang kadangkala kebudak-budakan which is cool kerana saya pun ada perangai budak-budak juga.”
8. “Sifatnya yang sangat goal oriented. Jika punya cita-cita dia akan berusaha untuk mencapainya.”
9. Sikap rendah dirinya.
10. “She got a great heart, baik hati sangat. Mudah kasihan pada orang.”
11. “Dia tak berlagak”.
12. Sangat berdisiplin terhadap kerja.
13. “Dia boleh masak sikit-sikit, which is a very good thing. Masakan kari ayam dia sedap.”
14. “Seorang yang laidback. Kalau ajak dia makan kedai mamak boleh, pergi restoran mewah pun boleh.”
15. “Karakter dia yang sangat memahami walaupun umurnya masih muda.”
[tab: Video]
[tab: Dapatkan Tiket ]
My News
Mid Valley LG | Pavilion Kiosk |
Sg. Buloh R&R | My Sunway Tower |
Tesco Puchong | My RHB Centre |
AEON Bkt Raja | IJN |
1 Utama B1 | Menara Telekom |
Suria KLCC | Desa Park, Setapak |
Tesco Ampang | My Centro Hill, Pantai Hillpark |
LRT Station Bangsar | HP Tower |
LRT Station Wangsa Maju | Solaris |
LRT Station Gombak | The Strand, Kota Damansara |
Pavilion LG | Sunway Pyramid |
AEON Bkt Tinggi | OLE OLE Shah Alam |
AEON AU2 | Dataran Jelatek |
Newsplus KL Sentral | SIME DARBY Medical Centre |
Empire Subang | Desapark City |
Plaza Shah Alam | BU Centre Point |
MyNEWS.com KL Sentral | The Gardens |
AEON Rawang | The Curve |
Setia City Mall LG | Tropicana Mall |
TIKET JUGA BOLEH DIDAPATI PADA HARGA RM 50 DI
BAWA RESIT PEMBELIAN MAJALAH EH! BULAN
SEPTEMBER/ OKTOBER DI BLU INC MEDIA UNTUK DAPATKAN
TIKET PADA HARGA RM 10 SAHAJA!
Sila baca dan fahami terma dan syarat berikut dengan pembelian tiket