Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Polaris Entertainment
LADIES’ CODE
Malangnya seorang lagi ahli kumpulan K-Pop LADIES’ CODE meninggal dunia pada hari ini bertarikh 7 September pada pukul 10.10pagi tadi yang diumumkan oleh Polaris Entertainment. RiSe salah seorang ahli kumpulan LADIES’ CODE telah berada dalam keadaan koma selama beberapa hari selepas terlibat dalam kemalangan yang menimpa dia bersama ahli kumpulan yang lain serta pengurus, jurustail dan pemandu kereta yang dinaiki mereka.
RiSe
RiSe dikatakan berada dalam keadaan koma sejurus selepas pembedahan yang dilaluinya terpaksa dihentikan atas sebab kehilangan darah yang terlalu banyak. RiSe berumur 23 tahun pada tahun ini meninggal dunia selepas kematian Eun Bi yang baru beberapa hari meninggal dunia di tempat kemalangan terbabit.
Malah, Polaris Entertainment turut menyatakan bahawa ketika kemalangan pada 3 September lalu, RiSe telah mengalami kecederaan yang parah pada bahagian kepala dan dihantar terus ke hospital. Keluarga RiSe turut hadir dari Jepun ke Daegu demi untuk menemani anak mereka bersama dengan pihak penaja sehinggalah hari kematian RiSe pada hari ini.
Peminat K-Pop dan khususnya LADIES’ CODE terus menyatakan takziah dan kesedihan atas kematian RiSe pula kali ini. Peminat juga menemui salah satu kenyataan dari RiSe ketika dia masih hidup ketika menjawab soalan peminat mengenai siapakah yang dalam kumpulan LADIES’ CODE yang paling ingin dia lindungi, dan RiSe menjawab ‘Eun Bi’.
Semoga pihak keluarga RiSe, Eun Bi serta ahli kumpulan LADIES’ CODE yang lain bertabah dengan dugaan yang menimpa ini dan salam takziah. Turut bertabah buat semua peminat-peminat K-Pop LADIES’ CODE.