Oleh: Farhana Fuad
Gambar: www.uncommongoods.com
Hujung minggu akan jadi lebih bermakna bila diluangkan dengan aktiviti yang berfaedah dan sihat seperti menanam pokok, bersukan dan mengemas rumah. Adakah anda tahu tentang ‘terrarium’? Terrarium adalah satu kawasan atau tanaman kecil yang dihiasi dengan tumbuhan kecil dan dihias seperti taman kecil. Ia biasanya diletakkan di dalam balang kaca, botol kaca, atau mentol.
Dalam menghasilkan ‘terrarium’, ia memerlukan beberapa bahan yang diperlukan sama seperti menanam di dalam pasu tetapi perbezaannya adalah saiz tumbuhan dan kuantiti yang diperlukan untuk menghasilkan taman kecil ini.Ianya sesuai untuk diletakkan sebagai hiasan dalaman di ruang meja pejabat dan di rumah.
EH! kongsi beberapa video tutorial dalam menghasilkan ‘terrarium’.