Gambar: Thibault de Saint-Chamas for Christian Dior Parfums
Pentas runway pada pelancaran koleksi-koleksi rekaan pereka fesyen terkenal seluruh dunia dipenuhkan dengan model-model yang disolek cantik mengikut tema dan padanan koleksi yang ingin ditampilkan bagi musim luruh dan sejuk.
Jurusolek yang membuat tatarias wajah model ada kesukaan masing-masing dalam menggunakan produk solekan yang dibawakan khas sempena pelancaran koleksi musim luruh dan sejuk ini. Bahkan, solekan yang menawan juga dinaikkan lagi dengan oles pemerah pipi untuk menaikkan lagi seri wajah model pentas fesyen musim ini.
EH! menyenaraikan tiga pemerah pipi yang hangat di pentas runway pada musim luruh dan sejuk ini untuk anda inspirasikan pada musim ini.
Gambar: Thibault de Saint-Chamas for Christian Dior Parfums & Dior
Dior Blush rona Starlight n °421 dan Dior Blush rona Rose Corolle n °881
Inspirasi dari solekan pentas runway musim luruh dan sejuk 2015 DIOR HAUTE COUTURE
Gambar: NARS backstage & NARS
NARS Copacabana Illuminator dan NARS Copacabana Multiple
Inspirasi dari solekan pentas runway musim luruh dan sejuk 2014 Tanya Taylor
Gambar: L’Oréal Professionnel & MAC Cosmetics
MAC Bronze Cream Colour Base dan Pearl Cream Colour Base
Inspirasi dari solekan pentas runway musim luruh dan sejuk 2015 COOP