Oleh: Mujahid Saddam
Gambar: Disney Consumer Products
Hangat di pentas peragaan New York Bridal Fashion Week, Alfred Angelo dengan kerjasama Disney melancarkan koleksi gaun pengantin yang diinspirasikan dari Disney Princess termasuklah Elsa dari filem Frozen.
Rekaan gaun pengantin bewarna biru salji itu dihiasi manik penuh serta diakhiri dengan perhiasan seakan salji simbolik kepada filem animasi Disney itu. Ia turut disertai leretan gaun jarang seperti yang dipakai oleh Elsa.
Koleksi gaun pengantin Disney Fairytale Weddings itu turut diilhamkan dari karakter puteri Disney termasuklah Snow White, Ariel dan Jasmine.
Snow White
Ariel