Oleh: Farhana Fuad
Kemunculan koleksi terbaru rekaan kolaborasi Alexander Wang x H&M semakin hampir! Di Malaysia, himpunnan hangat yang amat dinantikan ini akan mula di pasarkan pada 6 November ini di gedung H&M Lot 10 dan Avenue K. Jadi pastikan anda antara fashionista pertama yang memiliki helaian rekaan pereka hebat ini.
Gambar: H&M
Menghangatkan lagi penantian mereka yang sekian lama untuk rekaan Alexander Wang ini tiba, H&M bakal menghadiahkan beg sandang yang dilengkapi dengan kerusi lipat edisi terhad kolaborasi Alexander Wang x H&M untuk lima pelanggan pertama di kedua-dua gedung H&M (Lot 10 & Avenue K) nanti. Beg sandang edisi terhad ini bukan saja akan melengkapi gaya stylo anda tetapi turut memudahkan anda kala perlu lalui situasi beratur panjang atau queue dan memenatkan. Inilah baru dinamakan queue in style!
EH! juga teruja dengan kolaborasi himpunan eksklusif ini dan tentunya rekaan Alexander Wang bakal menjadi rebutan fashionista tempatan!