Oleh: Farhana Fuad
Gambar: INGimage
Batu kristal dipercayai memberikan tenaga positif pada diri seseorang yang memakainya. Bahkan ia umpama satu aksesori penggayaan yang cantik dan berkilauan menaikkan imej seseorang dengan mengenakan aksesori kristal pada persalinan. Namun, kristal juga memerlukan penjagaan yang rapi dan belaian kasih sayang agar ia kekal cantik dan berkilau.
Kristal mudah calar, pecah, dan rosak jika tidak dijaga dengan rapi. Jadi, EH! Ingin kongsikan cara untuk menjaga nilai dan kecantikannya agar bertahan lebih lama.
- Gunakan kain pencuci aksesori yang lembut agar tidak merosakkan permukaan kristal.
- Tanggalkan aksesori kristal sebelum melakukan aktiviti seperti berenang di laut mahupun di kolam renang. Ini kerana klorin yang terkandung dalam air kolam renang boleh menyebabkan rona kristal tidak berseri lagi.
- Tanggalkan aksesori kristal sebelum menggunakan sebarang bahan pencuci.
- Jangan gunakan aksesori kristal ketika melakukan senaman atau sebarang aktiviti sukan untuk mengelakkan sebarang calar atau tercabutnya batu kristal dari aksesori.
- Pastikan anda menanggalkan aksesori kristal sebelum masuk tidur untuk mengelakkan dari tersimpul atau kerosakan pada batu kristal.
- Juga jangan lupa untuk menanggalkannya sebelum melakukan aktiviti seperti mencuci atau berkebun.
- Elakkan dari menyembur minyak wangi atau spray rambut pada bahagian batu kristal.
- Hindari dari mendedahkan aksesori kristal pada suhu yang panas dan tinggi serta cahaya matahari.
- Pastikan anda mengeringkan batu kristal terlebih dahulu selepas mencucinya dengan pencuci khas sebelum menyimpannya di dalam kotak kayu atau kotak kaca.
- Jika anda inginkan mengekalkan kilauan permukaan batu kristal dengan lebih rapi, sapukan cecair telus pengilat kuku di atas permukaan batu kristal tersebut agar ia terlindung dari sebarang calar dan kerosakan.