Oleh: Farhana Fuad
Paralimpik adalah acara sukan bertaraf antarabangsa yang melibatkan atlet dari kalangan kurang upaya. Sukan paralimpik ini dianjurkan oleh International Paralympic Committee (IPC) dan menjadi medan mereka yang mempunyai kekurangan fizikal membuktikan ia bukan penghalang untuk mereka bersaing sihat dengan aktiviti sukan yang dilakukan oleh atlet biasa. Berbekalkan kekuatan mental dan spiritual yang tinggi menjadikan mereka setaraf sebagai bintang sukan yang disegani dan berjaya dalam arena masing-masing.
Sukan paralimpik pada mulanya hanya terbentuk hasil dari kumpulan kecil veteran Perang Dunia ke-2 British pada tahun 1948. Terbahagi kepada banyak kategori mengikut jenis keupayaan atlet yang menyertai Paralimpik. Sukan Paralimpik musim panas sebelum ini berlangsung di London pada tahun 2012, dan akan datang tidak lama lagi pada tahun 2016 upacara sukan paralimpik ini akan diadakan di Rio de Janeiro.
Kenali antara jaguh paralimpik dunia yang sering merangkul pingat emas dan amat dikagumi dalam arena yang dikuasai mereka.
Hannah Cockroft
Gambar: tpgimages.com
Beliau merupakan seorang jaguh Britain yang menjadi pelumba berkerusi roda yang memenangi pingat emas pada sukan 100m dan 200m T34 pada Sukan Paralimpik 2012 di London. Hannah berazam untuk membawa pulang tiga pingat pada 2016 nanti.
Jonnie Peacock
Gambar: TPGimages
Jonnie adalah seorang pelari pecut yang sudah banyak mengharumkan nama negaranya sejak menceburkan diri dengan sukan paralimpik. Jonnie terpaksa melalui pembedahan memotong sebelah kaki bawah lutut ketika berusia lima tahun setelah mengidap penyakit meningitis. Beliau turut direkodkan dengan masa 0.06 saat lebih pantas dari jaguh pecut Afrika Selatan Oscar Pistorius.
Ellie Simmonds
Gambar: www.mirror.co.uk
Ketika berusia 13 tahun, Ellie sudah merangkul pelbagai pingat ketika bersaing di Sukan Paralimpik Beijing 2008. Beliau dilahirkan dengan ‘achondroplasia’ iaitu bertubuh kecil dan rendah. Ellie berjaya membawa pulang pingat emas di kategori sukan 200m renang individu dan 400m renang gaya bebas di Sukan Paralimpik 2012 London .
Jiri Jezek
Gambar: www.zimbio.com
Merupakan seorang atlet sukan lumba basikal yang memenangi banyak pingat emas ketika sukan paralimpik sejak tahun 2004 lagi. Jiri hilang upaya sebelah kaki bawah lutut kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika berusia 11 tahun dan secara drastik beliau terus meminati sukan berbasikal terus memenangi dua pingat emas di Sukan Sydney 2000 sebagai seorang amatur. Sejak dari itu beliau mula menggiatkan diri dalam sukan berbasikal dan mula menjadi pelumba basikal profesional.
Takeshi Suzuki
Gambar: www.gettyimages.com
Takeshi memenangi pingat emas pertama sukan Paralympic ketika hari tragedi kemalangan beliau 17 tahun sebelumnya. Beliau hilang kedua-dua belah kaki akibat kemalangan jalan raya. Mula giat dengan sukan ski sejak berusia tujuh tahun lagi dan secara perlahan-lahan menjadi antara atlet paralimpik tekenal dunia. Baru-baru ini ketika di Paralympic Winter Games Sochi beliau berjaya merangkul pingat emas kategori Slalom dan gangsa di bahagian ‘downhill’.