Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Clarisonic
Tahun ini genap 10 tahun Clarisonic menerajui produk penjagaan kulit dengan memastikan kulit sentiasa sihat hari demi hari melalui sistem inovatif penjagaan kulit yang direka olehnya. Kali ini, sempena ulang tahunnya, Clarisonic bekerjasama dengan 10 pelukis tempatan dengan membawakan pameran seni untuk berkongsi interpretasi kreatif mengenai produk Clarisonic tatkala menggunkan produknya yang terkenal iaitu Clarisonic Aria sebagai subjek seni.
Hasil seni sentuhan para pelukis ini mula dipamerkan secara eksklusif mulai 10 Februari sehingga 15 Februari 2015 bertempat di Adorn A, Galeri Starhill. Clarisonic memilih Starhill sebagai lokasi pameran ini kerana tempat pertama produk Clarisonic mula dijual adalah di Sephora, Starhill ketika ia dilancarkan di Malaysia.
10 pelukis tempatan ini termasuklah Jazz An, Amin Daud, Nazmi Ismail, Keat Long, Iron Loi, Jefferson Ng, Fahmi Taib, Eleen Tan, Phillip Wong dan Jane Yap. Turut sama ketika hari sambutan meraikan 10 tahun Clarisonic di Starhill, ia memperkenalkan solusi pencerah kulit wajah Sonic Radiance Brightening yang sudah pasti menjanjikan kulit yang halus mulus apatah lagi berganding dengan peranti wajah rekaannya.
Sonic Radiance Brightening Solution Regimen hadir bersama Clarisonic Aria, berus tambahan, Skin Illuminating Cleanser, Skin Renewing Essence Boost, dan Brightening Activator Serum. Ianya menjanjikan dalam mengendali masalah pigmentasi yang teruk akibat selaran matahari, umur, hormon dan jerawat. Set ini boleh didapatkan bermula Februari ini di semua cawangan Sephora.