Oleh : Reen Aziz
Gambar: INGimage
Mata ibarat tarikan pada wajah yang menawan. Namun, tidak semua orang mempunyai bulu mata seperti yang diidamkan. Bulu mata yang tebal, panjang serta melentik, pastinya menjadi pujaan ramai wanita. Mata juga ibarat penyeri wajah, sama seperti bibir yang dioles gincu.
Anda masih tidak mengecapi impian untuk mempunyai bulu mata yang cantik dan mempersonakan? Mungkin anda boleh cuba tip dan trik yang EH! kongsikan ini agar bulu mata tampak lebih memikat sama ada waktu siang atau malam.
Bulu mata Clumpy
Lentik bulu mata.
Mulakan dengan melentik bulu mata menggunakan pelentik bulu mata terlebih dahulu. Sudah pastinya pelentik bulu mata boleh memberikan perubahan kepada mata secara drastik.
Primer bulu mata.
Untuk mendapatkan bulu mata tampak lebih lebat adalah dengan menggunakan primer maskara. Sapukan sedikit primer maskara pada bulu mata untuk kesan yang lebih menawan.
Bedak bayi pada bulu mata.
Trik ini sangat berkesan untuk menampakkan bulu mata lebih lebat dan tebal. Sapukan sedikit bedak bayi pada bulu mata, kemudian gunakan maskara dengan beberapa lapisan. Pastinya trik ini mampu realisasi impian bulu mata yang cantik.
Gunakan penggaris mata di bawah bulu mata bahagian atas.
Jika anda inginkan lebih impak yang ketara, gunakan pensil eyeliner di bawah bulu mata anda agar ianya tampak lebih tebal.
Oles maskara
Oles dua atau tiga lapisan maskara pada bulu mata anda. Pastikan ianya lebih kemas, bersih dan memberikan impak yang lebih jelas pada bulu mata.
Duo Maskara
Mungkin anda tidak pernah mendengar akan kesan penggunaan duo maskara mampu memberikan bulu mata lebih tebal dan lebat dari sebelumnya. Sebagai contoh, gunakan maskara berona coklat terlebih dahulu dan kemudian teruskan dengan menggunakan masakara berona hitam. Ia akan menjadikan bulu mata lebih dimensi dan kelihatan lebih cantik.
Gunakan maskara pada bulu mata di bahagian atas dan bawah
Tutup mata anda dan oleskan pemberus maskara pada bulu mata anda di bahagian atas dan seterusnya di bahagian bawah. Perincian dan pemakaian maskara dari semua sisi pastinya buatkan bulu mata lebih cantik berseri.
Kuasai bulu mata anda secara zig-zag
Dengan cara sapuan zig-zag, pastikan maskara tidak comot dan bersepah di bawah mata. Untuk mendapatkan maskara dengan kesan clumpy, sapukan maskara dengan lebih lapisan.
Kedip mata seketika
Berkedip ketika sapuan zig-zag sebenarnya dapat memberikan bulu mata diselaputi dengan maskara dengan lebih sempurna dan rata.
Bulu Mata Palsu
Ukur dan potong bulu mata palsu
Setelah anda selesai dengan solekan mata dan sebelum menggunakan penggaris mata, ukur bulu mata palsu ke atas hujung kelopak mata anda agar ianya tidak terlebih atau terkurang. Potong mengikut ukuran yang anda ambil.
Sapu gam di atas getah bulu mata palsu
Secara rapi dan amaun yang sedikit, sapukan gam yang khas buat bulu mata palsu di bahagian getah bulu mata palsu.
Biarkan ia mengering seketika
Untuk kegunaan yang lebih cepat dan mudah, tiup bulu mata palsu di bahagian sapuan gam tadi serta bengkokkan bulu mata tersebut membentuk huruf U.
Letakkan bulu mata palsu ke atas hujung kelopak mata.
Gunakan tweezers untuk mengepil bulu mata palsu tersebut dan letakkan bulu mata tersebut secara perlahan-lahan ke atas kelopak mata. Tekan bulu mata tersebut agar ia melekat pada kulit kelopak mata dengan lebih cepat menggunakan jari.
Oles maskara
Untuk lebih kekemasan, oles maskara ke atas bulu mata palsu agar ianya sebati bersama bulu mata asli anda.