Oleh: Farhana Fuad
Solekan wajah akan tampak lebih menawan jika cara solekan kontur dilakukan dengan betul dan teliti. Solekan kontur wajah memberikan hasil yang lebih menakjubkan dengan ilusi wajah langsing dan tulang pipi akan lebih menonjol untuk tampil anggun.
Andaian bahawa hanya pembedahan plastik yang mampu mengubah struktur wajah tidak lagi relevan kerana hanya dengan kuasa teknik kontur anda mampu untuk merealisasikan wajah mempesona tanpa surgeri. Dan tak perlu habiskan wang untuk kecapi wajah runcing yang diidamkan.
EH! kongsikan video tutorial untuk mendapatkan kontur wajah yang langsing dan anggun.