Erti kata setia itu ibarat tidak ada makna lagi apabila ada di antara kalian yang mula bermain kayu tiga dalam diam. Ketahui tanda-tanda jika si dia mula curang.
Curang atau bersikap tidak setia pada pasangan hidup tidak kira yang sudah berumah tangga mahupun belum sering berakhir dengan episod duka. Hakikatnya curang agak sukar untuk dikenal pasti sekiranya pasangan bijak mengaburinya dengan tingkah laku mereka. Namun apabila tingkahnya dikesan, bermulalah juga kemusnahan pada kepercayaan dan janji setia pasangan yang ternoda.
Semak tanda-tanda jika pasangan anda curang dalam perhubungan.