Oleh: Farhana Fuad
Tahun ini, jenama ais-krim coklat premium, Magnum dengan bangganya menampilkan koleksi Pleasure Seekers yang direka khas oleh pereka fesyen yang cukup terkenal, Farah Khan. Ianya seiring dengan pelancaran kempen terbaru Magnum Celebrate Chocolate Pleasure.
“Malam ini menandakan satu perjalanan baru buat Magnum kerana kami ingin meraikan Chocolate Pleasure bersama rekaan-rekaan baru khas buat pembungkusan ais-krim Magnum signature kami iaitu Classic, Almond, Chocolate Brownie dan Gold”, kata Herry Budiazhari merangkap Pengurus Pemasaran Unilever Holdings Malaysia.
Menerusi kempen Magnum, Dato’ Farah Khan yang juga seorang ikon fesyen dan terkenal dengan rekaan fesyen mewah mencipta koleksi buat The Pleasure Seekers. Koleksi ini sebenarnya diinspirasikan dari lima jenis ais-krim Magnum yang menjadi ikon kepada jenama ais-krim bersalut coklat dari Belgium. Hasil rekaan yang gah dan mewah ini bertatahkan manik sepenuhnya yang dijahit satu demi satu demi menghasilkan busana berkilauan ini.
Dato’ Farah Khan turut menghasilkan baju panas berinspirasikan lima ais-krim terkenal Magnum. Rekaan baju panas dari pereka fesyen popular ini dihasilkan dengan perbezaan yang boleh dilihat melalui abjad dari perkataan Pleasure Seekers.