Penjagaan kulit wajah adalah satu perkara penting yang perlu dilakukan setiap hari demi kulit yang sihat, segar dan sentiasa muda.
Namun, tidak semua orang yang melakukan rejim penjagaannya yang betul dan ada juga yang langsung tidak memberikan penekanan ke atas kesihatan kulit wajah.
Jadi, EH! kongsikan cara betul asas penjagaan kulit wajah untuk anda mula praktikkan.
Cuci
Pastikan anda mencuci kulit wajah setiap hari pada waktu malam selepas seharian menggunakan alat solekan. Pada waktu pagi, elakkan mencuci wajah dengan pencuci muka. Cukup dengan percikan air suam mampu buatkan wajah segar dan bersih.
Skrub
Gunakan skrub wajah seminggu sekali untuk pastikan kulit sentiasa segar dan bersih. Ianya baik demi membuang kulit mati yang berada di sekitar wajah. Bahkan ia mampu berikan kulit kelihatan seakan dilahirkan semula.
Serum
Ramai yang sering meninggalkan rejim ini dalam penjagaan asas kulit, sedangkan ia penting demi kulit yang sihat sepanjang masa. Gunakan serum pada wajah kerana dengan penggunaannya, kulit akan mampu menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Bahkan, ada serum yang mampu memberikan kulit lebih cerah dan berseri sekelip mata.
Pelembap
Sapukan pelembap ke atas kulit wajah agar ia tidak mudah kering dan mengalami dehidrasi. Kulit perlukan sedikit lembapan agar tidak cepat mengalami proses penuaan dan kedutan. Majoriti pakar kulit mengesyorkan penggunaan krim khas untuk sekitar mata kerana kulit di bahagian mata tiada sebarang lemak tisu dan tipis. Jadi, risiko untuk kedutan muncul dengan cepat adalah tinggi mengikut usia. Dengan penggunaan krim mata mampu sedikit sebanyak menebalkan kulit di bahagian tersebut agar sentiasa muda.
Krim pelindung cahaya matahari