Haruman magis dan unik dari Salvatore Ferragamo ini bakal semarak personaliti dan jiwa feminin anda.
Salvatore Ferragamo jenama yang cukup dikenali dengan keunggulannya kini hadir dengan satu lagi wangian indah Emozione Eau de Parfum. Ianya dihasilkan berlandaskan keterujaan emosi dalam diri wanita, tentunya ia menyerlahkan lagi personaliti dengan cetusan nota mewangi.
Wangian Emozione merupakan gabungan tiga nota untuk menghasilkan harumannya yang tersendiri dan juga mengekalkan elemen feminin. Ianya mempunyai sebatian buah pic bergamot iris, bunga peony serta kasturi putih.
Emozione adalah wangian klasik namun segar khas buat wanita yang mendambakan emosi keseronokan. Ianya berteraskan floral feminin kepada tekstur lebih anggun dan kayu-kayuan serta diperkayakan lagi dengan sentuhan sensual nota chypre. Ianya hadir dalam tiga saiz yang berbeza iaitu 30, 50 dan 92ml.
Anda ingin alami sendiri haruman sensasi feminin flora ini? Ikuti langkah dibawah untuk berpeluang mendapatkan sampelnya secara percuma.
1. Dapatkan majalah EH! di pasaran untuk dapatkan kad seperti yang tertera di atas.
2. Tunjukkan kad ini di mana-mana lokasi di bawah untuk menebus sampel Emozione secara percuma. * Terhad untuk 300 pembaca pertama sahaja. Ianya boleh didapati di AEON Bandar Utama, Isetan KLCC, Parkson Pavilion, Parkson Gurney Plaza Pulau Pinang dan SOGO. *Istimewanya lagi, anda berpeluang miliki hadiah istimewa dengan pembelian Emozione 92ml di mana-mana lokasi kaunter wangian Salvatore Ferragamo seperti yang tertera di atas. |