Gambar: INGimage
Mati putik boleh ditafsirkan sebagai perkara yang sama berlaku apabila lelaki mati pucuk. Lambat klimaks serta gagal menghayati keseronokan hubungan bersama pasangan adalah antara ciri-ciri wanita menderitai mati putik.
Ini berlaku disebabkan gangguan urat saraf dalam pengaliran darah ke bahagian alat sulit. Walaupun dirangsang, wanita itu kurang berminat untuk seks. Sekaligus tiada penghasilan cairan di bahagian alat sulit yang berfungsi sebagai ‘pembantu’ dalam hubungan suami isteri. Pabila kurangnya cairan ini, kesakitan dan rasa benci terhadap hubungan kelamin bersama pasangan akan timbul.
Semak punca berlakunya mati putik.
Fizikal
- Penyakit kronik seperti sakit jantung atau diabetes yang mengakibatkan gangguan saraf di bahagian hujung anggota badan seperti jari kaki dan kemaluan.
- Penggunaan dadah dan alkohol yang tidak terkawal.
- Anemia atau kekurangan darah yang menyebabkan badan sentiasa berasa letih.
- Trauma sakit bersalin.
- Kekerapan melakukan onani pada usia muda.
- Pengambilan ubat-ubatan.
- Kurang hormon tertentu dalam badan.
Psikologi
- Terlalu sibuk dengan kerjaya, kebajikan anak-anak dan kerja di rumah yang mengakibatkan stres.
- Pasangan mempunyai wanita lain yang menyebabkan rasa tidak percaya dan kurang rasa cinta.
- Cemas dan takut dengan hubungan seksual.
- Sejarah penderaan seksual.